Monday, 12 December 2011

STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1




MATLAMAT KURIKULUM

Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF KURIKULUM


Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik membolehkan murid:
1 Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks.
2 Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Statistik.
3 Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.
4 Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul.
5 Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.
6 Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan seharian.
7 Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya.
8 Menghargai dan menghayati keindahan matematik.
9 Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik.

BAND PERNYATAAN STANDARD
1Tahu pengetahuan asas matematik
2Tahu dan faham pengetahuan asas matematik
3Tahu dan faham pengetahuan asas matematik bagi melakukan operasi asas matematik, penukaran asas    
dan menyelesaikan masalah yang melibatkan perkataan
4Tahu dan faham pengetahuan matematik bagi melakukan langkah-langkah pengiraan matematik secara
 terbimbing, penukaran dan menyelesaikan masalah matematik mudah
5 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah    
 matematik yang kompleks dengan menggunakan pelbagai strategi
6Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah  
matematik yang kompleks secara kreatif dan inovatif




No comments:

Post a Comment