PROBLEM HAFAL SIFIR !!
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
PARA PEMBACA YANG D MULIAKAN,
Umumnya SIFIR adalah merupakan satu perkara asas yang amat penting bagi para pelajar untuk menguasai Mata Pelajaran Matematik dan apa jua mata pelajaran lain yang melibatkan proses pengiraan.Lazimnya pelajar yang dapat menghafal sifir akan dapat menguasai Mata Pelajaran Matematik berbanding pelajar yang kurang atau tidak dapat menghafal sifir.
Pun begitu masalah yang selalu dibangkitkan berkaitan perkara ini adalah berhubung MASALAH MENGHAFAL SIFIR.Sebenarnya saya sendiri kurang arif berkaitan dengan cara-cara menghafal sifir, walau bagaimana pun pada kebiasaannya sesuatu perkara yang kita hendak hafal itu tentulah kita fahami terlebih dahulu.Dalam konteks ini seseorang pelajar yang hendak menghafal sifir mestilah memahami bagaimana proses atau operasi pengiraan yang terlibat.
Beberapa faktor lain yang mungkin mempengaruhi ialah TAHAP IQ PELAJAR dan kerajinan menghafal dalam jangkamasa panjang secara berterusan.Sebagai misalannya seseorang Pemandu Teksi yang berulang alik dari Pekan Ranau ke Bandaraya Kota Kinabalu setiap hari untuk beberapa bulan atau tahun tentunya akan dapat menghafal selok belok jalanraya yang dilaluinya.Demikian juga seorang pelajar yang telah berusaha menghafal sifir sejak dari sekolah rendah lagi akan lebih berjaya menghafalnya berbanding seorang pelajar sekolah menengah yang baru mencuba melakukanya.
Saya amat percaya rakan - rakan pembaca dan para BLOGGER yang lain ada pengalaman, maklumat atau pengetahuan berkaitan hal ini...
Sekiranya ada HARAP RINGAN TANGAN MENAIPNYA DI RUANGAN KOMEN .... BERSAMA KITA MEMBANTU PARA PELAJAR...
klu sifir tu mmg boleh hafal dlm otak juga klu selalu amalkan. Tetapi bagi yg tidak dpt buat begitu ada cara lain utk hafal.
Taktik 1: Ini adalah satu taktik yg popular utk sifir 9. Taktik ini menggunakan 10 jari tangan kita (klu guna jari kaki susah sikit sbb dlm kelas pki kasut kan).
Cth: 9darab1 = ibu jari sahaja dilipat, so tinggal 9 jari. 9darab2 = jari telunjuk sahaja dilipat, ibu jari yg tidak dilipat mewakili 1 dan 8 jari lain yg juga terbuka mewakili 8, so menjadi 18. Begitulah seterusnya utk 9x3 sehingga 9x9.
Taktik 2: Kaedah ini juga menggunakan 10 jari kita dan digunakan utk sifir 6 hingga 9 sahaja. Dgn anggapan 1 hingga 5 adalah sifir yg senang diingat oleh para pelajar.
*Jari kelingking mewakili 6 *Jari manis mewakili 7 *Jari hantu - 8 *Jari telunjuk - 9
Contoh: 7darab7= Cantumkan jari manis tgn kanan dgn jari manis tgn kiri, tmbhkan jumlah semua jari dari yg bercantum dan ke bawah. Maksudnya jari manis ada 2, ditambah dgn jari kelingking ada 2 menjadi 4 (ini membawa maksud 40).
Kemudian jari2 yg tidak bercantum, tgn kanan ada 3 dan tgn kiri ada 3. Darabkannya 3x3 menjadi 9.
- So jwpnnya 49. Boleh try dgn darab nombor lain ^_^
ANAK BERMASALAH MENGHAFAL SIFIR?
Mahukah anda melihat anak anda menyelesakaikan hasildarab seperti berikut :-
343673 x 19 98 x 97
dalam masa 10 saat ?
Tahukah anda dengan keadah Mahir Sifir yang betul anda atau anak anda mampu menyelesaikan hasildarab seperti di atas cuma dalam masa 10 saat sahaja atau anak anda dapat menyelesaikan hasildarab hanya setakat berfikir tanpa menulis satu angkapun.
Dengan kaedah Mahir Sifir juga
1. Anda atau anak anda tidak akan menghadapi masalah untuk menghafal sifir 1 hingga 12 2. Anda atau aanak anda tidak akan menghadapi masalah untuk menguasai sifir 13 hingga 99 3. Anak anda tidak akan dimarahi oleh guru atau didenda kerana tidak cekap atau tidak mengingati sifir.
( CARA MUDAH MENGHAFAL SIFIR 6 HINGGA 9 )
Kaedah Mahir Sifir hanya mengambil masa yang sangat singkat untuk menguasainya. Anak- anak anda yang berada di darjah 3 hingga menengah boleh menguasai sifir 6 hingga 12 tanpa menghafal dan kaedah yang kreatif ini mampu memberi jawapan yang teramat singkat. Sekiranya ianya dapat memahami kaedah ini, maka ia akan dapat menguasai sifir 13 hingga 99 tanpa ada masalah .
Salam kepada semua..
Dalam subjek matematik sekolah rendah tidak dapat dinafikan terhadapkepentingan sifir dalam menjawab soalan. Bagi menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR sudah semestinya kita tidak mahu kehilangan masa yang banyak dalam usaha menulis kesemua urutan sifir.
Apa yang lebih memeranjatkan lagi, ada antara pelajar yang masih ga...gapbila ditujukan sifir. ditanya 4x9, 3 minit kemudian baru datang jawapan 36. ditanya lagi 9x4, memakan masa lagi 2 minit untuk jawapan 36. Jika ini diteruskan dalam ujian nescaya hanya 12 soalan saja yang mampu di jawab bagi kertas 1.
oleh itu, saya ingin berkongsi ilmu tentang teknik mudah bagi mengeluarkan jawapan sifir.. (#perlu diingat hafaz itu lebih efisien).. tapi saya yakin jika dipraktikan kita akan mudah hafaz secara tidak langsung
Taktiknya.... Kaedah ini menggunakan 10 jari kita dan digunakan untukk sifir 6 hingga 9 sahaja. Dengan anggapan 1 hingga 5 adalah sifir yg senang diingat oleh para pelajar (mudah-mudahan).
*Jari kelingking mewakili 6 *Jari manis mewakili 7 *Jari hantu - 8 *Jari telunjuk - 9
Contoh: 7 darab 8=
cara-cara
1. Cantumkan jari manis tgn kiri dengan jari hantu tgn kanan.
2. Tambahkan jumlah semua jari dari yg bercantum dan ke bawah. Maksudnya jari manis ada 2, ditambah dgn jari kelingking ada 2 dan jari hantu ada 1 menjadi 5 (ini membawa maksud 50).
3. Kemudian jari2 yg tidak bercantum yang berada di atas jari yang bercantum, iaitu tgn kanan ada 2 dan tgn kiri ada 3. Darabkannya, 3x2 menjadi 6.
oleh itu, jwpnnya 56. Boleh cuba dengan darab nombor lain ... selamat mencuba
Mudah kan.. ingat.. "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih"
|
wah......... memang menjadi
ReplyDeleteSaya pelajar tahun lima.saya cuba teknik awak dan ia memang menjadi
ReplyDeletetak faham
ReplyDeleteAssalamualaikum para guru, ibu bapa dan murid. Saya ada membangunkan satu aplikasi Android percuma yang dinamakan Pantas Sifir bagi meningkatkan kemahiran sifir anak2. Ia aplikasi mudah yang mana pemain samada kanak2 atau dewasa akan perlu menjawab 20 soalan sifir sepantas mungkin dan masa akan direkodkan di dalam Carta Pemain Terbaik serata Malaysia. Setakat ini pelajar Sekolah Kebangsaan Meru 2, Klang sedang menguasai carta dan saya yakin terdapat juga bakat2 yang lebih hebat dari sekolah2 lain. Jemput mencuba dan naikkan nama sekolah ini di dalam Carta Pantas Sifir di https://play.google.com/store/apps/details?id=org.ridinglinux.lumbasifir . Moga aplikasi ini memberi manfaat kepada semua.
ReplyDelete